The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

PREVIU PERLAWANAN: Selangor vs PJ City FC (CIMB Super League 2020)

Aug 28, 2020 - FAS

Selepas penangguhan CIMB Liga Super 2020 sejak 16 Mac lalu disebabkan pandemik COVID-19, esok akan berlangsungnya perlawanan kompetatif pertama bagi pasukan Selangor menentang PJ City FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Pengelola liga bola sepak Malaysia, Malaysia Football League (MFL) telah memperkenalkan format liga satu pusingan sahaja yang bermakna, liga akan bersambung dari perlawanan kelima hingga perlawanan ke-11 dengan semua perlawanan mengikut jadual asal seperti yang telah ditetapkan.

Untuk rekod, kali terakhir Selangor bertemu PJ City FC adalah dalam perlawanan Liga Super Malaysia (LS21) 2019 di mana Selangor menewaskan PJ City FC 3-0.

Kehadiran semula Wan Zack Haikal dan Rufino Segovia yang telah pulih sepenuhnya dari kecederaan kini mampu menambahkan sengat kepada barisan serangan Gergasi Merah, manakala kepulangan Ifedayo Olusegun juga akan memberikan lebih pilihan kepada Ketua Jurulatih, B.Satiananthan untuk merencanakan kesebelasan utamanya.

Walaubagaimanapun, kem Selangor masih lagi belum pulih 100% setelah  A.Namathevan dan Hakim Hassan terpaksa diketepikan ekoran faktor kecederaan.

Kedudukan terkini Gergasi Merah dalam carta CIMB Liga Super 2020 adalah di tangga ke-7 dengan lima mata terkumpul hasil dari satu kemenangan, dua seri, dan satu  kekalahan, manakala PJ City FC pula di tempat ke-10.

Semoga tiga mata penuh berjaya diraih Selangor dalam perlawanan kali ini sekaligus mengekalkan momentum kemenangan sehingga tamat CIMB Liga Super 2020.

Ayuh Selangor!